Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih.
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering dari tanah lumpur hitam yang diberi bentuk. [26]
Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari api yang sangat panas. [27]
Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat kering dari tanah lumpur hitam yang diberi bentuk. [28]
Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan-Ku) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. [29]
Maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali. [30]
Melainkan Iblis, dia enggan turut bersama mereka yang sujud. [31]
Allah berfirman: Hai Iblis! Apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu? [32]
Iblis menjawab: Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah lumpur hitam yang diberi bentuk. [33]
Allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau darinya (syurga), kerana sesungguhnya engkau terkutuk. [34]
Dan sesungguhnya engkau ditimpa kutukan terus-menerus hingga ke hari kiamat. [35]
Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari (manusia) dibangkitkan. [36]
Allah berfirman: Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau termasuk dalam golongan yang diberi tempoh. [37]
Hingga ke hari yang termaklum (kiamat). [38]
Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada mereka di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. [39]
Kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih antara mereka. [40]
Ayat 26-40 dari surah Al-Hijr di atas merupakan sebahagian cerita dari banyak-banyak cerita tentang kejadian Adam dan keingkaran Iblis sujud kepadanya yang terdapat dalam Al-Quran.
Perhatikan ayat 36 dan 37. Pada pendapat kalian, apakah maksud "tempoh" yang disebut dalam ayat-ayat di atas?
Perhatikan ayat 36 dan 37. Pada pendapat kalian, apakah maksud "tempoh" yang disebut dalam ayat-ayat di atas?
Dalam konteks kisah di atas, ya, kita boleh katakan 'tempoh' yang diberikan kepada Iblis ialah penangguhan hidup Iblis yang panjang sehingga hari kiamat. Dan ketahuilah bahawa penangguhan kepada Iblis ialah penangguhan yang 'selagi nyawa masih dikandung badan', selagi itulah Iblis dan tenteranya akan terus menyesatkan manusia hingga hari kiamat.
Ini penangguhan kepada Iblis. Bagaimana dengan kita?
Ketika Allah mengurniakan kita umur yang panjang, untuk apakah kita menghabiskan sisa-sisa usia kita?
Iblis dan syaitan, hidupnya yang panjang digunakan untuk menyesatkan manusia. Hidup kita yang panjang, adakah banyak terisi dengan perkara-perkara ma'ruf ataupun perkara yang mungkar?
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, dan ilmunya untuk apakah ia gunakan, dan harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, dan juga tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya." (Hadith riwayat At-Tirmizi)
Andai kata kita seorang da'i, maka sentiasalah memenuhi masa kita dengan mengajak manusia ke arah kebaikan, bukannya seperti Iblis yang menyesatkan manusia. Nauzubillahiminzalik.
Wallahu'alam
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment