Tarbiyah & Takwin

Tarbiyah & Takwin
Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

24 October 2014

I Want To Touch My Saf Mates!

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih

Terima kasih Syed Azmi dan rakyat Malaysia kerana telah menggegarkan Malaysia dengan anjing! Kerana kalian aku terinspirasi untuk melancar dan mempromosikan suatu kempen yang pastinya unik lagi syar'i, dan tidak pula bertentangan dengan pandangan mana-mana imam mazhab dalam Islam.

Dengan ini, aku lancarkan kempen I Want To Touch My Saf Mates!

Apa itu kempen I Want To Touch My Saf Mates? Ia adalah kempen kesedaran bagi muslim khususnya geng surau dan masjid agar menyambung dan meluruskan saf ketika solat. Cantik, menarik, tertarik bukan?

Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulallah s.a.w. bersabda:
"Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kamu, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kamu untuk disentuh oleh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan ada celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambung baginya (kebaikan) dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan baginya (keburukan)." (Hadits riwayat Abu Daud, An-Nasa'i dan Ahmad)

Awasilah bahu dan kakimu.

Ayuh, touch your saf mates!

والله أعلم
Wallahu'alam

07 July 2013

Banyak Bertanya Banyaklah Sakitnya

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih.

Dalam entri Soalan Binasa sebelum ini, telah diceritakan bahawa berdasarkan hadith 9 Imam Nawawi, pertanyaan itu ada tiga jenis, dan bentuk pertanyaan yang kita fokuskan adalah berkenaan pertanyaan dalam soal yang tidak difardhukan oleh Allah s.w.t..

Dan insyaAllah kali ini ada suatu kisah dari Al-Quran yang sangat menarik untuk dikongsikan berkaitan jenis pertanyaan yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w..

Dalam surah Al-Baqarah ayat 68-71, diceritakan oleh Allah kepada kita kisah Nabi Musa dan kaumnya yang diperintahkan untuk menyembelih seekor lembu.


Menurut perintah asal, mereka boleh menyembelih mana-mana lembu yang mereka kehendaki, tetapi mereka tidak mahu mengikut perintah begitu sahaja. Lalu ditanya tentang umur, warna dan keadaan lembu tersebut. Akhirnya, mereka sendiri yang menyusahkan diri mereka sendiri dan hampir-hampir sahaja mereka tidak melaksanakan perintah tersebut, seperti mana yang dirakamkan di hujung ayat ke-71.

Ini realiti yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s.. Dan kisah seumpama ini berulang-ulang dalam kebanyakan zaman, lagi-lagi pada zaman kini. Dan ini kisah pada zaman saya.

Ada seorang lelaki besar dan gempal badannya bertanyakan kepada seorang 'alim tentang sifat solat Nabi s.a.w., iaitu cara duduk tasyahud (tahiyyat) akhir. Jawapannya - duduk secara tawarruk, iaitu dengan meletakkan punggung di atas lantai, kaki kiri diletakkan di bawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan.

Duduk tasyahud akhir secara tawarruk

Lalu selepas itu, dalam setiap solatnya, dia akan berusaha mengamalkannya walaupun dia tahu dan sedar bahawa dia mengalami kesukaran dan kesakitan untuk berbuat demikian, bahkan menganggu keselesaan ahli jemaah di sebelahnya.

Pada saya, sebaik-baik solat ialah solat yang paling mirip kepada sifat solat Nabi s.a.w.. Tapi ada satu hal yang kita kena sedar bahawa dalam solat, ada perbuatan rukun dan sunat. Dalam kes ini, rukun solatnya ialah duduk tahiyyat akhir, maka duduklah. Sunatnya, ialah cara duduk. Yang terbaik, duduk secara tawarruk mengikut cara Nabi s.a.w.. Tapi jika bagi mereka yang besar dan gempal, yang sukar dan kesakitan, bahkan mungkin akan menganggu ahli jemaah solat di sebelahnya jika berbuat demikian, maka adalah lebih baik duduk mengikut keselesaan dan tak menganggu orang di sebelah. Itu yang lebih utama.

Saya percaya, contoh seperti ini banyak juga berlaku dalam keadaan dan bentuk yang lain. Dan pada saya, masalah kebanyakan orang seperti ini adalah bukan pada ilmunya, tetapi pada pelaksanaannya. Ada waktunya kita perlu idealistik, ada waktunya kita perlu realistik.

Wallahu'alam.