بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih
Apa yang dikatakan sebagai manusia "ulul albab" (أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ) itu ialah mereka yang sihat akal fikirannya.
Dan orang yang berakal sihat ini, antara akhlak dan disiplinnya ketika menerima dan memberi sesuatu ilmu atau khabar, mereka memilih yang paling baik antara apa yang ada pada pengetahuan mereka.
Wahai saudaraku yang dirahmati Allah.
Apa yang sampai kepada kita, terimalah ia sebagai ilmu pengetahuan. Kemudian, pilihlah yang baik-baik sahaja sebagai pegangan dan ikutan.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah mengungkapkan bahawa :
"Sesungguhnya orang-orang yang terdahulu (salafus soleh) itu berhenti di atas dasar ilmu dengan penelitian yang tajam, lalu adakalanya mereka menahan dirinya sekalipun mereka lebih mampu dalam membahas sesuatu perkara jika mereka ingin membahasnya."
Ketahuilah bahawa orang yang paling baik akhlaknya adalah mereka yang memilih apa yang benar, dan mendiamkan apa yang samar. Manusia sebegitulah yang kita ingin ikuti.
Moga Allah mengurniakan petunjuk dan menetapkan kita di jalan kebenaran.
والله أعلم
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment