Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih.
Semenjak Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) membuat pendirian tidak bersetuju terhadap serbuan dan rampasan kitab Bible yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas premis Persatuan Bible Malaysia, MKPN terus-menerus dikritik dan dicemuh oleh banyak pihak, terutamanya pertubuhan islamis.
Baru-baru ini, MKPN dikritik kerana majoriti ahlinya ialah mereka yang dianggap liberal dan lebih ramai ahlinya ialah bukan Islam. Terbaru, beberapa pertubuhan menolak jemputan daripada MKPN ke jelajah Dialog Perpaduan: Suara Akar Umbi kerana meragui idea MKPN melakukan program tersebut. Alasannya, keanggotaan MKPN yang tidak mewakili lapisan masyarakat yang menyeluruh termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan kecenderungan kepada pemikiran Islam liberal sebahagian besar ahli MKPN.
Aku fahami keprihatinan dan kebimbangan mereka yang mengkritik MKPN. Tapi, alasan-alasan yang diberikan oleh mereka, aku tidak bersetuju dengannya.
Pandangan aku begini.
Pertama, MKPN ditubuhkan untuk membincangkan isu-isu berkaitan perpaduan dalam usaha penyatuan nasional untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Namun, isu agama tidak termasuk dalam peranannya, walaupun ia berkaitan dengan isu perpaduan.
Seperti mana dalam Buku Panduan MKPN bab Terma Rujukan, dinyatakan bahawa :
"Skop dan peranan MKPN turut membincangkan isu-isu sukar yang mempengaruhi perpaduan nasional terutamanya melibatkan aspek pendidikan, sosioekonomi dan sebagainya. Ini kerana jika isu sukar ini tidak ditangani, usaha memupuk perpaduan nasional akan sukar dijayakan. Skop dan peranan Majlis tidak melibatkan perbincangan isu-isu antara agama yang telah mempunyai platformnya sendiri, iaitu Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) yang telah ditubuhkan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 Februari 2010."
Oleh sebab itu, tidak perlu terkejut dan tidak perlu melenting apabila melihat pendirian dan kenyataan yang dibuat oleh MKPN. Dalam kes serbuan dan rampasan kitab Bible baru-baru ini, pendirian yang dibuat oleh MKPN adalah atas dasar keprihatinan terhadap isu perpaduan, selari dengan tujuan penubuhan dan skop kerjanya.
Pengerusi MKPN, Tan Sri Samsudin Osman menegaskan bahawa mereka hanya bertanggungjawab untuk mencari jalan penyelesaian mengenai isu perpaduan dan menyerahkan penyelesaian isu kalimah Allah kepada pihak yang berkenaan.
Jelaslah bahawa isu penggunaan kalimah Allah dan yang bersangkutannya, adalah bukan urusan MKPN. Seperti dalam petikan di atas, isu-isu antara agama tertakluk dibawah bidang kuasa JKMPKA sebagai suatu wadah untuk menjadi mekanisme dialog dan mediasi bagi mewujudkan persefahaman dan keharmonian antara penganut agama.
Maka, tohmahan bahawa MKPN mencampuri urusan agama adalah tidak tepat. Dalam isu tertentu, termasuk yang berkaitan agama, pendirian atau kenyataan dibuat dalam skop perpaduan nasional, bukannya toleransi antara agama.
Kedua, adalah normal dan boleh diterima akal jika ahli MKPN majoritinya ialah bukan Islam.
Dalam Buku Panduan MKPN yang sama, dalam bab Struktur dan Keahlian, disebutkan bahawa :
"... ahli-ahli MKPN hendaklah terdiri dari pelbagai latar belakang individu yang meliputi ahli akademik, ahli politik, pelbagai etnik, ahli korporat, peguam, ahli yang mewakili golongan muda dan ahli yang mewakili wilayah Sabah dan Sarawak. Ahli-ahli yang dilantik hendaklah terdiri dari kalangan individu yang mempunyai kredibiliti, berfikiran terbuka dan dapat menerima dan menghormati pelbagai pandangan."
Sekali lagi, tidak pelik dan tidak mengejutkan jika majoriti ahlinya bukan Islam kerana MKPN ialah suatu wadah berkaitan subjek perpaduan kaum, bukannya subjek agama. Dan pastilah ahlinya berbeza latar belakang dari segi agama, kaum, profesion dan aspek lain juga. Isu antara agama, biarlah dibincangkan dalam wadah lain yang sememangnya ahlinya merupakan agamawan atau pakar bagi agama masing-masing.
Ketiga, memandangkan ahli MKPN majoritinya bukan Islam dan skop perbincangannya isu perpaduan kaum, adalah tidak menghairankan jika sesetengah pendirian atau kenyataan yang dibuat oleh MKPN dilihat semacam 'pro-liberalisma'. Itupun jika ia benar.
Ahli-ahli MKPN, mereka juga warga negara Malaysia, kerana itu setiap orang, baik ia Melayu, Cina, India, mahupun Iban dan suku lain, masing-masing ada hak dalam membicarakan isu perpaduan. Dan semestinya isu perpaduan antara kaum berkait dengan isu kemanusiaan. Namun begitu, lain agama dan falsafah, lain pula perspektifnya dalam isu kemanusiaan. Meskipun mereka berbeza pendapat, namun kita percaya apa yang diputuskan adalah saksama demi perpaduan kaum. Maka, adalah tidak tepat untuk melabel MKPN sebagai pro-liberalisma, semata-mata kerana ia kurang ahli beragama Islam dan ia bukan organisasi islamis.
Kesimpulannya, mendakwa MKPN tidak sepatutnya mencampuri urusan agama dan berpendirian pro-liberalisma dengan mengabaikan latar belakang ahli dan wadah itu sendiri, adalah tidak adil untuk berlaku sedemikian.
Dan ini pula nasihatku kepada mereka yang mengkritik MKPN.
Dan ini pula nasihatku kepada mereka yang mengkritik MKPN.
Pertama, hormatilah MKPN sebagai wadah yang ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, kaum dan profesion. Dan apa-apa tindakan semacam mahu 'mengislamkan' MKPN adalah sesuatu yang mengarut dan tidak masuk akal. Ia umpama sekolah kebangsaan yang digesa bertukar menjadi sekolah agama, sedangkan sekolah kebangsaan perlu berdiri dengan karakter dan peranannya tersendiri, sama seperti sekolah vernakular dan sekolah agama yang masing-masing punya karakter dan peranannya tersendiri.
Perhatikan sejarah negara. Penubuhan MKPN adalah kesinambungan kepada kewujudan Majlis Perpaduan Negara, Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Lembaga Penasihat Perpaduan Negara, Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Walaupun bertukar-tukar wajah dan nama, namun tujuan penubuhan, keanggotaan dan peranannya tetap sama dari dahulu hingga sekarang, iaitulah penglibatan individu yang berbeza latar belakang yang membincangkan isu-isu perpaduan antara kaum dalam usaha penyatuan nasional.
Sejak dari 40 tahun lepas, pelbagai agensi yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk mengurus isu perpaduan antara kaum sudahpun wujud. Persoalannya, kenapa baru sekarang isu keanggotaan dan peranannya dimainkan? Kenapa tidak dipersoalkan ketika sebelum atau sejurus ia ditubuhkan?
Kedua, usahlah hanya tahu mengkritik dan membiarkannya. Tujuan penubuhan MKPN adalah ke arah sesuatu yang baik, maka sepatutnya ia disokong agar tercapai matlamatnya. Apa yang baik, kita puji. Apa yang kurang, kita perbaiki.
Jika dijemput hadir ke Dialog Perpaduan : Suara Akar Umbi yang bertujuan untuk mendapatkan pandangan akar umbi untuk dijadikan pelan tindakan ke arah perpaduan nasional, terimalah. Tetapi, mengapa menolak pula? Itupun menolak dengan alasan yang tidak munasabah, sekadar beralaskan sangkaan dan keraguan semata-mata. Kalau benar MKPN tidak betul, maka program sebeginilah sepatutnya menjadi medium bagi pihak pengkritik untuk mendapatkan penjelasan serta memberi pandangan dan teguran membina dalam usaha menambahbaik gerak kerja MKPN.

Cadanganku, mohonlah keahlian dalam MKPN daripada kerajaan. Kalau tidak, wujudkan gabungan organisasi-organisasi muslim sendiri seperti yang kalian mahukan. Perkata dan perbuatlah apa-apa sahaja dari dalam sana seperti yang diinginkan.
Wahai saudaraku yang dikasihi Allah.
Menjayakan isu perpaduan nasional adalah kewajipan bagi setiap orang dari kita sebagai warga negara Malaysia. Dan sebagai seorang muslim, kita akan laksanakannya sesuai dengan syariat Islam.
Dalam apa-apa permasalahan, termasuklah isu perpaduan antara kaum, kita percaya bahawa Islam ada panduan dan solusinya. Sebagai orang Islam, kita mahu dan kita yakin bahawa kitalah sebagai muslim paling benar dalam memberi panduan dan solusi. Namun, tidak dalam semua keadaan kita boleh menjadi ketua atau paling dominan. Dan penerimaan serta penghormatan kita terhadap kewujudan pihak lain yang berbeza agama atau fikrah tidak bermakna pula kita meredhai setiap apa yang diperbuat dan diperkatakan.
Akhirnya, berbicaralah dengan orang lain sesuai dengan latar belakang dan kedudukannya. Apa yang berlaku kepada MKPN, usahlah diulangi lagi. Kasihan mereka.

M-K-P-N, mangsa kezaliman puak nakal.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment